SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK DARIPADA PENGURUSAN DAN KAKITANGAN RESTORAN JAMAN TORY RESEPI : SEBARANG TEMPAHAN SILA HUBUNGI TALIAN 019-998 8212 / 09-573 2010

Jaman Tory Resepi Pertaruhkan Menu 'Power'


RESTORAN Jaman Tory Resepi (Jaman Tory)  dengan slogan ‘Poh Paleh Sedak Weh’ pasti memikat selera sesiapa sahaja untuk menjengah bagi merasai sendiri keistimewaan sajiannya.

Ditambah dengan idea kreatif pemilik mendekorasi ruang restoran berkonsepkan ala tradisional sudah pasti menawan hati pelanggan yang pertama kali menjejak kaki.

Bagi masyarakat Kuantan khususnya di sekitar Indera Mahkota, Restoran Jaman Tory Resepi sudah tidak asing lagi malah cukup popular dengan keenakan menu masakan yang istimewa resipi asli pengusahanya, Afendi Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Tory.

Utamakan pelanggan

Mempertaruhkan beberapa menu ‘power’ yang menjadi kegemaran ramai, restoran yang beroperasi di tingkat satu bangunan kedai lot tepi di A-15, Lorong 2/3, Taman Kota Ria, Indera Mahkota 2, di sini sentiasa dipenuhi pelanggan.


Jaman Tory sebelum ini terkenal dengan Juara Char Kuetiau Resipi di samping hidangan daging salai masak lemak dan puluhan menu masakan serta minuman ’menyengat’ memiliki keistimewaan tersendiri yang mungkin tiada di tempat lain.

Bagi Tory, kepuasan pelanggan menjadi keutamaan dan dia amat berpuas hati kerana sejak beroperasi hampir 10 tahun lalu, restoran itu terus berkembang maju.


“Secara keseluruhannya kita menyediakan lebih 20 menu makanan dan antara yang popular di sini adalah Juara Char Kuetiau Resepi, daging masak lemak cili api, patin bakar tempoyak, sup ayam kampung, ciss tebako weh dan lain-lain masakan dengan menu istimewa.

“Kita menyediakan pelbagai jenis minuman termasuk  yang spesial di sini seperti air kayor, dadidu, suke soda, suke soda mango, suka soda cincau dan jambu batu blended,” katanya.

Cipta resipi baharu

Menurutnya, Jaman Tory juga menyediakan menu ikan kerai goreng, bagaimanapun hidangan itu hanya akan disediakan berdasarkan pesanan.

“Kita menawarkan harga berpatutan namun  pelanggan dapat menikmati kepuasan menikmati hidangan yang dipesan,” katanya.

Tory berkata, dia suka mencari kelainan dan berusaha ‘menawan’ hati pelanggan dengan resipi baharu ciptaan sendiri kombinasi pelbagai cita rasa selain dekorasi ruang yang ada ciri tersendiri.

“Syukur, perancangan saya di Jaman Tory ini menjadi apabila ia menjadi pilihan ramai sehingga jumlah pelanggan yang datang sentiasa meningkat sehingga melimpah ke luar pada waktu malam,” katanya.

Galak buat tempahan awal

Menurutnya, Restoran Jaman Tory beroperasi bermula jam 12 tengah hari hingga jam 1 pagi setiap hari kecuali Jumaat.

“Selalunya kita galakkan pelanggan membuat tempahan awal supaya meja dan menu yang dipesan dapat disediakan lebih awal bagi mengelak terlalu lama menunggu.

“Kita cuba memberikan layanan terbaik cuma bila pelanggan datang serentak tanpa tempahan, ia akan berlaku sedikit kesesakan,” katanya.

Tory berkata, mengambil kira pertambahan bilangan pelanggan, beliau melabur sedikit modal untuk membuka ruang tambahan berhawa dingin di tingkat satu yang menempatkan dua bilik setiap satunya mampu memuatkan 20 pelanggan satu-satu masa.


“Ruang baharu yang disediakan ini sesuai untuk pelanggan yang datang berkeluarga atau kumpulan yang  memerlukan sedikit privasi untuk menikmati hidangan dalam suasana lebih selesa,” katanya.

Menurutnya, sempena Ramadan, Restoran Jaman Tory turut menyediakan juadah berbuka dan bersahur.

“Bagaimanapun kita galakkan pelanggan membuat tempahan awal untuk mendapatkan meja selain mengelak masalah kelewatan dan pada masa sama, memudahkan pekerja kami membuat persediaan,” katanya. #sinar

0 comments:

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Twitter Delicious https://www.facebook.com/juara.teow Digg Stumbleupon Favorites More