SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK DARIPADA PENGURUSAN DAN KAKITANGAN RESTORAN JAMAN TORY RESEPI : SEBARANG TEMPAHAN SILA HUBUNGI TALIAN 019-998 8212 / 09-573 2010

Jaman Tory Resepi Bagai 'Kampung Dulu-Dulu'


Dari jauh restoran dua tingkat ini kelihatan sama dengan restoran biasa, namun sebaik kaki melangkah ke ruang makannya sama ada di bahagian bawah atau tingkat atas, dekorasinya mirip kedai kopi zaman silam.
Keunikan dekorasi Restoran Jaman Tory Resepi (Jaman Tory) sangat menarik perhatian.
Pelbagai hiasan dan aksesori memenuhi beberapa sudut hingga mendorong pelanggan merakam kenangan selepas menjamu selera.
Pemiliknya bijak dalam mendekorasi ruang makan restoran berkenaan supaya setiap ‘barangan antiknya’ itu tidak mengganggu dan menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan pelanggan.
Konsep yang dipilih adalah gabungan moden dan tradisional. Ia ditampilkan secara bersahaja bagi membolehkan pelanggan beristirahat atau bersantai sambil menikmati juadah.
Justeru, berada di restoran milik Affandie Ahmad, 39, ini secara logiknya membuatkan kita bagaikan dekat dengan zaman silam.

Affandie berkata, dia mengadaptasi sajian yang disesuaikan dengan suasana ‘kampung dulu-dulu’ dalam menghiasi restoran dua tingkatnya terutama ruang makan pada bahagian atas.
Menjengah ruang dalam premis perniagaan di bahagian bawah yang dihiasi dengan ‘neon suram,’ Affandie berkata, dia sengaja berbuat demikian untuk memberi keselesaan kepada pelanggan.
Katanya, jika menggunakan lampu biasa, bahang pasti terasa dan bagi memberi kepuasan serta keselesaan kepada pelanggan, dia hanya menggunakan mentol sederhana selain suasana lebih tenang lagi damai.

“Saya juga suka menggabungkan konsep lama dan baru supaya pengunjung dapat mengembalikan nostalgia masa lalu iaitu hiasan perahu, pintu dan tingkap kayu selain meja makan juga kami gunakan meja kayu versi moden.
“Pada bahagian dinding pula, kami letakkan gambar-gambar lama selain peti televisyen antik juga menjadi sebahagian daripada koleksi kami yang semuanya diletakkan
di tingkat bawah,” katanya di restorannya yang terletak di Taman Kota Ria, Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.
Begitu juga dengan pemilihan set kerusi meja yang pastinya gabungan lama dan baru dalam beberapa rekaan serta warna berbeza.

Meja dan kerusi plastik kuning pekat diletakkan pada bahagian luar sementara meja, kerusi kayu dan kerusi besi lipat di tempatkan di ruang makan berbumbung untuk mengelak kusam serta berkarat.
Sementara itu, bahagian atas yang baru dibuka Julai lalu dihiasi dengan pelbagai barangan antik keluaran 1940-an hingga awal 1980-an seperti jam dinding, basikal, lampu gasolin, radiogram, almari, pinggan mangkuk, dapur minyak dan kereta lama.
“Malah, ada juga yang mahu membeli barang lama, tetapi saya tidak jual,” katanya.
Pilihan meja kayu rona gelap tanpa alas dengan bangku kayu dan kerusi besi lama bagaikan melengkapkan penataan ruang makan yang turut menyediakan dua sudut bergambar menggunakan elemen tiga dimensi (3D).
Bagi menggambarkan suasana kampung nelayan, sebuah perahu panjang diperbuat daripada kayu turut digantung selain sebuah ‘basikal tua’ disandarkan pada tepi makan ruang makan bersila.
“Sungguh nostalgia untuk generasi lama dan gambaran suasana kampung untuk generasi baru. Nampak tenang, mewah dan eksklusif.
“Bukan mudah untuk menyusun pelbagai koleksi barangan ini kerana ia memerlukan kreativiti supaya barangan nampak kemas dan tidak kelihatan berselerak,” kata anak kelahiran Temerloh itu.

Menjengah ke sudut paling kiri pula, tumpuan pasti beralih kepada kereta jenis Fiat tahun 1970 yang sengaja dipotong dua berwarna biru yang turut disediakan meja makan jenis kayu.
Menjenguk ke atas, pelanggan pastinya terkesima melihat enam basikal antik kanak-kanak pelbagai bentuk yang berbeza di susun teratur di atas rak disusuli susunan pelbagai jenis topi lama menjadikan ruang siling tampak ceria.

Sejumlah 24 lampu gasolin jenis lama meng­gunakan mentol putih digantung umpama dekorasi Inggeris menghasilkan simbahan cahaya yang agak suram bagi menerbitkan suasana nyaman dan harmoni. #hmetro

0 comments:

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Twitter Delicious https://www.facebook.com/juara.teow Digg Stumbleupon Favorites More