SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
Pihak pengurusan dan kakitangan Restoran Jaman Tory Resepi mengucapkan Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan kepada semua pelanggan yang beragama Islam. Semoga mendapat keberkatan hendaknya. Amin

PROMOSI RAMADHAN: SET A (2-4 ORANG) | RM72.90
Menu yang disediakan khas ialah Set Daging Salai Jaman Tory, Gulai Ikan Patin Tempoyak, Ikan Patin Bakar (500 gm) dan percuma Minuman Kordial dan Nasi Putih. Harga hanya RM72.90 sahaja.

PROMOSI RAMADHAN: SET B (5-8 ORANG) | RM161.90
Menu yang disediakan khas ialah Set Daging Salai Jaman Tory, Gulai Ikan Patin Tempoyak, Ayam Kampung Goreng, Burung Puyuh Goreng, Ikan Patin Bakar (1,000 gm) dan percuma Minuman Kordial dan Nasi Putih. Harga yang ditawarkan hanya RM161.90.

PROMOSI RAMADHAN: SET C (9-12 ORANG) | RM289.90
Menu yang disediakan khas ialah Set Daging Salai Jaman Tory, Gulai Ikan Patin Tempoyak, Ayam Kampung Goreng, Burung Puyuh Goreng, Sup Ayam Kampung, Ikan Patin Bakar (1,500 gm) dan percuma Minuman Kordial dan Nasi Putih. Harga yang ditawarkan hanya RM289.90.

"Jom Sahur TV3" Pilih Restoran Jaman Tory Resepi
Info Peta Lokasi Ke Restoran Jaman Tory Resepi
Apabila berjumpa dengan simpang empat lampu isyarat Kuantan Medical Center (KMC), sila ambil simpang ke kanan (arah Komplek Tun Razak). Dalam jarak 100 meter, ambil simpang ke kiri dan kira-kira 1 kilometer buat pusingan U untuk ke Taman Kota Ria.
Restoran Jaman Tory Resepi terletak di lot hujung sekali bangunan kedai tersebut. Alamat kami di No A15 2/3 Indera Mahkota 2, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Dari arah pusat bandar Kuantan, perlu melalui Jalan Bukit Ubi ke Indera Mahkota. Jalan melalui Masjid Tengku Ampuan Afzan di sebelah kiri, kemudian sampai ke persimpangan lampu isyarat masuk ke kiri. Jarak dalam 100 meter, masuk ke kiri dan ikut laluan di atas.
Dari arah UIAM dan ByPass Kuantan juga sila ikut laluan asal di persimpangan lampu isyarat seperti yang dinyatakan. Sila klik Peta Lokasi untuk panduan jalan (Direction) ke Restoran Jaman Tory Resepi.
Moh Berbuka Puasa Di Restoran Jaman Tory Resepi
Majlis Iftar Bersama Kakitangan Di The Zenith Hotel
Minuman Istimewa Restoran Jaman Tory Resepi
Makanan Istimewa Restoran Jaman Tory Resepi
Jaman Tory Terima Kunjungan Selebriti Tanahair
Di Sebalik Tabir Kejayaan Restoran Jaman Tory
Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama Jaman Tory Resepi dan merupakan syarikat milik penuh 100% bumiputera. Pengarah Urusan syarikat lebih popular dikalangan pelanggan dengan panggilan "Tory" sahaja.
Beliau merupakan anak kelahiran Kuala Triang, Bera Pahang dan mula berhijrah ke Kuantan sekitar tahun 2006 untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Beliau datang ke Kuantan hanya dengan membawa sedikit kepandaian dan kelebihan yang ada. Ketika awal memulakan perniagaan beliau hanya dibantu oleh dua orang adik beradiknya.
Sejarah Awal Wujudnya Jaman Tory Di Kuantan
Ketika itu Jaman Tory dikenali sebagai "Juara Car Kuew Teow (CKT)". Selepas menghadapi berbagai cabaran perniagaan di lokasi terbabit, barulah lokasi dipindahkan di tapak baru (kedai tetap) yang dibeli sekarang sejak dua tahun yang lalu (2014).
Oleh kerana nama Juara Char Kuew Teow sudah didaftarkan (trademark) oleh pihak lain, maka nama telah ditukar kepada Jaman Tory yang berkonsep tradisional dan lama. Dengan penggunaan nama Jaman Tory, kini perniagaan lebih dikenali bukan sahaja kepada orang-orang tempatan malahan juga orang luar.